Respons UNHCR tentang laporan lesen memandu buat orang pelarian yang didakwa dikeluarkan oleh Agensi tersebut di Malaysia

 

UNHCR Malaysia News   © UNHCR Malaysia

Kami telah melihat laporan akhbar melaporkan tentang lesen memandu buat orang pelarian yang didakwa dikeluarkan oleh UNHCR, Agensi Pelarian PBB.

Dokumen itu adalah palsu. Perwakilan UNHCR di Malaysia tidak mengeluarkan lesen memandu.

Kami ingin menegaskan bahawa UNHCR hanya mengeluarkan kad identiti orang pelarian dalam negara, yang mengesahkan bahawa pemegang kad adalah orang pelarian yang memerlukan perlindungan antarabangsa dan tidak boleh dihantar pulang secara paksa ke negara atau keadaan di mana nyawa atau kebebasannya terancam.

Kad kami tidak memberi hak kepada pemegangnya untuk memandu kenderaan dalam negara.